Monday, 26 January 2015

KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 

Berdasarkan kajian jurnal yang bertajuk “Penggunaan Ict Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Pelatih Utm”  yang dilakukan oleh penulis Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti Kassim@Aziz:

1.      Dengan menggunakan ICT pelajar akan lebih memahami isi pelajaran yang diajarkan kerana pelajar lebih nampak gambaran sebenar. Pelajar lebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi-animasi yang boleh menarik minat pelajar.

2.      Melalui penggunaan komputer dan LCD, responden dapat mengaitkan P&P dengan kehidupan seharian. 

3.      Pelajar lebih bersemangat dan pelajar akan memberikan sepenuh tumpuan semasa sesi P&P. 

4.      Membantu untuk memudahkan pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajarkan

Berdasarkan artikel berkaitan dengan Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Kebangsaan 2005, Kota Kinabalu di bawah tajuk Kesediaan Guru Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Pasir Putih yag ditulis oleh Baharudin Husin:

  • Mengubah Peringkat Membuat Keputusan : Kebiasaannya, penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan, bukan semasa peringkat merancang dan menentukan kurikulum. Oleh itu terjadilah penggunaan media secara sesuka hati tanpa berdasarkan perancangan yang sistematik. Dengan penerimaan teknologi pengajaran pada peringkat perancangan kurikulum, perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah.
  • Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran : Teknologi pengajaran boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh, sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas. Teknologi pengajaran boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Sebagai contoh, kurikulum pengajaran literasi komputer. Dalam perancangan pengajaran, ia melibatkan penggunaan komputer, pembinaan pengetahuan melalui pembelajaran usaha sama, penyelesaian masalah dan penggunaan strategi pembelajaran penguasaan.
  •   Mengubah Pengalaman Pembelajaran : Tanggapan masa kini terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan. Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus (sudah tentu melalui proses tertentu) bagi menguasai sesuatu perkara.

Monday, 22 December 2014

Peranan ICT dalam Penyebaran Dakwah

 ULASAN ARTIKEL
  

Jurnal ini ditulis oleh Siti Fatimah Ahmad dan Ab. Halim Tamuri. Ia merupakan satu kajian berkaitan dengan Persepsi Guru Terhadap Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Berasaskan Teknologi Multimedia (TMm) dalam Pengajaran j-QAF

Penulis mengenalpasti dan mengkaji sejauhmana keberkesanan dan kompetensi guru j-QAF terhadap kepentingan menggunakan BBM berasaskan TMm dalam P&P untuk diaplikasikan di sekolah untuk semua matapelajaran termasuklah Pendidikan Islam. Secara khususnya, objektif kajian ini dijalankan oleh penulis adalah bertujuan untuk perbezaan persepsi terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran guru j-QAF berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan bidang pengkhususan.

Permasalahan kajian yang dirungkaikan oleh penulis tentang penggunaan BBM berasaskan TMm dalam P&P adalah seperti:  
  1. Bebanan tugas guru menggagalkan objektif penggunaan BBM berasaskan TMm
  2. Kelemahan guru dalam penguasaan BBm berasaskan TMm
  3. Prasarana sekolah dalam mengendalikan peralatan TMm
  4. Guru memandang ringan terhadap penggunaan BBM
    Hasil dapatan kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa BBM berasaskan TMm adalah dapat:

    1. Meningkatkan keupayaan kompetensi guru
    2. Melakukan penilaian semula cara pengajaran dan pendekatan pembelajaran di dalam bilik darjah.
    3. Kualiti pembangunan diri pelajar meningkat
    4. Menarik tumpuan pelajar dalam sesi P&P dijalankan

Friday, 19 December 2014

P&P Bahasa Arab Berasaskan Web

~ Ulasan Artikel ~


Artikel ini ditulis oleh Rahimi bin Md Saad, Zawawi bin Ismail dan Wan Nordin bin Wan Abdullah. Ia merupakan satu penulisan berilmiah yang mengkaji mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web atau dikenali sebagai E-Pembelajaran.



TUJUAN kajian penulis adalah untuk menghuraikan tentang penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajaran dalam sesi P&P menerusi medium web. Penulis bersetuju bahawa pelajar yang menguasai Bahara Arab secara tidak langsung dapat mewujudkan insan yang seimbang dari pelbagai sudut selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Terdapat beberapa KEKUATAN dalam artikel ini iaitu, penulis menggunakan beberapa teori :
  1. Teori yang menggabungkan elemen pendidikan dan teknologi elektronik. Teori ini membolehkan sesi P&P lebih bersifat keterbukaan dan pelajar bebas melontarkan idea tanpa mengikut silibus atau jadual yang telah ditetapkan.
  2. Teori Dick dan Carey adalah berteraskan kepada pengetahuan objektif, struktur pelajaran, penaksiran dan maklum balas penilaian.
  3. Teori Bruner pula telah memperkenalkan 4 model pedagoginya seperti berikut: kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi, diberi pendedahan didaktik, sebagai pemikir dan  berpengetahuan
Kekuatan lain yang terdapat dalam artikel ini ialah penulis mencadangkan perkhidmatan pengajaran bahasa Arab melalui laman web yang boleh didapati secara percuma ataupun berbayar oleh pelajar. Antara laman web tersebut ialah schoolarabia.net, kids.al-islam.com, dan sebagainya. Semua laman web ini terdapat maklumat yang berkaitan dengan kaedah dan nota-nota yang berkaitan dengan Pembelajaran Bahasa Arab. 



Pada pandangan saya, teori-teori berkenaan dengan penggunaan ICT atau laman web sebagai bahan pembelajaran Bahasa Arab perlu dipantausetiap aktiviti pelajar oleh guru ketika sesi P&P dijalankan.

KELEMAHAN yang terdapat dalam pelaksanaan P&P Bahasa Arab ini adalah:
  1. Infrastruktur yang terbatas
  2. Kemahiran yang terbatas.
  3. Kekurangan bahan P&P

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN yang dihuraikan dalam artikel ini adalah penguasaan pembelajaran Bahasa Arab ini melalui :
  1. Menaiktaraf Program Latihan untuk para pengajar
  2. Peruntukan penghasilan bantu bahan mengajar
  3. Meningkatkan kemudahan capaian bahan pembelajaran 
  4. Menaiktaraf kemudahan peralatan multimedia
Selamat Membaca 
#May Allah Bless#