Monday 22 December 2014

Peranan ICT dalam Penyebaran Dakwah

 ULASAN ARTIKEL
  

Jurnal ini ditulis oleh Siti Fatimah Ahmad dan Ab. Halim Tamuri. Ia merupakan satu kajian berkaitan dengan Persepsi Guru Terhadap Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Berasaskan Teknologi Multimedia (TMm) dalam Pengajaran j-QAF

Penulis mengenalpasti dan mengkaji sejauhmana keberkesanan dan kompetensi guru j-QAF terhadap kepentingan menggunakan BBM berasaskan TMm dalam P&P untuk diaplikasikan di sekolah untuk semua matapelajaran termasuklah Pendidikan Islam. Secara khususnya, objektif kajian ini dijalankan oleh penulis adalah bertujuan untuk perbezaan persepsi terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran guru j-QAF berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan bidang pengkhususan.

Permasalahan kajian yang dirungkaikan oleh penulis tentang penggunaan BBM berasaskan TMm dalam P&P adalah seperti:  
  1. Bebanan tugas guru menggagalkan objektif penggunaan BBM berasaskan TMm
  2. Kelemahan guru dalam penguasaan BBm berasaskan TMm
  3. Prasarana sekolah dalam mengendalikan peralatan TMm
  4. Guru memandang ringan terhadap penggunaan BBM
    Hasil dapatan kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa BBM berasaskan TMm adalah dapat:

    1. Meningkatkan keupayaan kompetensi guru
    2. Melakukan penilaian semula cara pengajaran dan pendekatan pembelajaran di dalam bilik darjah.
    3. Kualiti pembangunan diri pelajar meningkat
    4. Menarik tumpuan pelajar dalam sesi P&P dijalankan

Friday 19 December 2014

P&P Bahasa Arab Berasaskan Web

~ Ulasan Artikel ~


Artikel ini ditulis oleh Rahimi bin Md Saad, Zawawi bin Ismail dan Wan Nordin bin Wan Abdullah. Ia merupakan satu penulisan berilmiah yang mengkaji mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web atau dikenali sebagai E-Pembelajaran.



TUJUAN kajian penulis adalah untuk menghuraikan tentang penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajaran dalam sesi P&P menerusi medium web. Penulis bersetuju bahawa pelajar yang menguasai Bahara Arab secara tidak langsung dapat mewujudkan insan yang seimbang dari pelbagai sudut selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Terdapat beberapa KEKUATAN dalam artikel ini iaitu, penulis menggunakan beberapa teori :
  1. Teori yang menggabungkan elemen pendidikan dan teknologi elektronik. Teori ini membolehkan sesi P&P lebih bersifat keterbukaan dan pelajar bebas melontarkan idea tanpa mengikut silibus atau jadual yang telah ditetapkan.
  2. Teori Dick dan Carey adalah berteraskan kepada pengetahuan objektif, struktur pelajaran, penaksiran dan maklum balas penilaian.
  3. Teori Bruner pula telah memperkenalkan 4 model pedagoginya seperti berikut: kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi, diberi pendedahan didaktik, sebagai pemikir dan  berpengetahuan
Kekuatan lain yang terdapat dalam artikel ini ialah penulis mencadangkan perkhidmatan pengajaran bahasa Arab melalui laman web yang boleh didapati secara percuma ataupun berbayar oleh pelajar. Antara laman web tersebut ialah schoolarabia.net, kids.al-islam.com, dan sebagainya. Semua laman web ini terdapat maklumat yang berkaitan dengan kaedah dan nota-nota yang berkaitan dengan Pembelajaran Bahasa Arab. 



Pada pandangan saya, teori-teori berkenaan dengan penggunaan ICT atau laman web sebagai bahan pembelajaran Bahasa Arab perlu dipantausetiap aktiviti pelajar oleh guru ketika sesi P&P dijalankan.

KELEMAHAN yang terdapat dalam pelaksanaan P&P Bahasa Arab ini adalah:
  1. Infrastruktur yang terbatas
  2. Kemahiran yang terbatas.
  3. Kekurangan bahan P&P

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN yang dihuraikan dalam artikel ini adalah penguasaan pembelajaran Bahasa Arab ini melalui :
  1. Menaiktaraf Program Latihan untuk para pengajar
  2. Peruntukan penghasilan bantu bahan mengajar
  3. Meningkatkan kemudahan capaian bahan pembelajaran 
  4. Menaiktaraf kemudahan peralatan multimedia
Selamat Membaca 
#May Allah Bless# 

Thursday 11 December 2014

Mana Milik Kita?

Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan.Tetapi tidak setiap yang kita inginkan dapat dikecapi, tidak setiap yang kita mahu boleh tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi.
Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak mempunyai hukum:

  • iaitu harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa asal  itu semua pemberian Allah hingga membuatkannya sombong dan bertindak sewenang-wenang. 

Hakikat kegagalan adalah sesuatu yang memang bukan hak kita, yang telah ditetapkan oleh Nya.
Bukan Milik Kita

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, seperti itu rezeki, jawatan dan kedudukan pasti akan Allah sampaikan.

Tetapi apa yang memang bukan milik kita, maka tidak akan dapat kita  miliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meskipun kita bermati-matian mengusahakannya.

Wednesday 10 December 2014

PENGENALAN ICT

Pengenalan ICT dalam Pembelajaran


Perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah memberikan banyak impak positif kepada pelbagai bidang perindustrian termasuklah dunia pendidikan. Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadikan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti komputer riba, cakera padat, penggunaan pelbagai perisian pendidikan pembelajaran dan pelbagai alat bantu mengajar yang lain. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan kecenderungan murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan sentiasa mencari alternatif atau kaedah pengajaran dan pembelajaran terbaik dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin, 2005). Latihan aplikasi dan integrasi teknologi maklumat dan komunikasi atau juga dikenali dengan gelaran ICT adalah antara usaha yang telah diperkenalkan di kebanyakan sekolah rendah dan menengah.

Pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid yang mengikuti Program Pemulihan Khas merupakan satu perkara yang tidak hanya mampu memberikan rangsangan pembelajaran kepada murid, malah dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka (Abd. Rahman, 1992). Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, sifatnya adalah lebih terbatas dan lebih khusus kerana ianya bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran murid. Pelaksanaan program ini melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka yang lembap atau lambat mencapai matlamat pembelajaran jika dibandingkan dengan murid-murid lain yang sebaya dengan mereka. Oleh yang demikian, selaras dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan untuk membantu murid-murid ini dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik dan memajukan diri seperti mana yang dicapai oleh Murid-Murid lain khususnya yang sebaya dengan mereka.

Tuesday 9 December 2014

Cinta Ilmu


Kelebihan Menuntut Ilmu

Riwayat: 
 at-Tirmizi
Kategori: 
 Akhlak
Hadith: 
Daripada Anas RA katanya, “Ada dua orang adik-beradik pada zaman Rasulullah SAW, salah seorangnya selalu berdamping dengan Rasulullah SAW, dan seorang lagi pergi membuat kerja, maka yang bekerja itu mengadu hal kepada Rasulullah berkenaan dengan saudaranya itu, lalu Rasulullah menjawab: “Semoga engkau diberi rezeki dengan sebab dia.”
Huraian Hadith: 
  1. Digalakkan membantu ahli ilmu (pelajar dan ulama).
  2. Orang yang menuntut ilmu mempunyai kelebihan iaitu rezekinya dijamin oleh Allah SWT dengan mendorong orang lain membantunya.
  3. Seseorang itu janganlah berbangga kerana mempunyai pekerjaan yang baik dan memperoleh rezeki yang lumayan kerana rezeki yang diperolehi itu mungkin disebabkan doa orang lain.

Sunday 7 December 2014

AKU





Nama : Norhafizah binti Jazi

Asal : Johor, Malaysia
  
Cari Rezeki :Guru di Sekolah BudakBaik  

Pendidikan : 

-Universiti Teknologi Malaysia(UTM)

-Universiti Sains Islam Malaysia(USIM)


-Maahad Johor

-Sek. Men. Agama (Arab) An Nur


-Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri


-Sekolah Agama Dato' Onn Jaafar 


-Pasti Al-Fikrah, Johor Bahru


Saturday 6 December 2014

GUNA AKU


GUNA AKU

sila.


gunalah setiap apa

yang ada di sini.

ambillah

dan bawa ke mana pergi.

aku izinkan.

 

cuma jangan dicuri.

 

tak perlu dikhabar pada aku,

cukup

utk tidak kau kata

setiap apa yang ada di sini

bukan milik aku

 

by: fynn_jamal